Untuk memuat turun sila login menggunakan email USM anda

Glosari

1) PERLEMBAGAAN

Setiap Universiti Awam di Malaysia ditubuhkan di bawah peruntukan dan punca kuasa seksyen 8 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30].  Dengan demikian, Universiti Sains Malaysia telah ditubuhkan melalui punca kuasa Perlembagaan Universiti yang menjadi tiang utama bagi penubuhan Universiti mengikut lunas undang-undang.  

 

2)  STATUT

Statut ialah undang-undang subsidiari yang boleh dibuat oleh Universiti di bawah Perlembagaan Universiti. Mengikut Perlembagaan Universiti Sains Malaysia, Statut dibuat oleh Canselor dan disediakan oleh Lembaga Gabenor Universiti. Perkara-perkara yang boleh dijadikan Statut ialah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Seksyen 41 Perlembagaan USM.

 

3)  DASAR/GARIS PANDUAN

Dasar atau Garis Panduan boleh dibuat oleh Pengurusan Tertinggi Universiti bagi menerangkan atau menguraikan sesuatu perkara atau terma yang terkandung di dalam Perlembagaan, Statut, Peraturan atau Kaedah Universiti.  Dasar dan Garis Panduan ini boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut budibicara Kaedah Universiti.